Meluahkan Rasa, Berkongsi Ilmu, Bertukar Pendapat.

Ahad, 21 Julai 2013

BAB 1: DI MANA CINTAKU...



         “Bangun!!!” Jeritan ibuku menyebabkan mimpi indahku terbantut. “Ya ma Sya dah bangun ni”, jawabku dalam keadaan terpaksa.

“Mama kenapa harus bangun awal? Baru pukul 9.30 pagi ni. Lagipun hari inikan cuti?? Sya baru ingat nak tidur lama sikit.”tanyaku seraya berkata dalam keadaan mengantuk.       
 “MasyaAllah, Sya tu perempuan,  perempuan mana boleh bangun lewat nanti tak boleh dibuat menantu,baru padan dengan muka”, jawab ibuku.                                                “Alahai kesitu pulak mama ni.”jawabku.                             
            Dengan langkah yang longlai aku menuju ke bilik air sambil mencapai tuala yang tersangkut kemas. Lepas mandi aku terus makan dan akan menolong ayahku menjaga kedai.
“Awal angah bangun hari ni?” Tanya ayah kesayangan ku. Ayah selesa memanggilku ‘angah’ daripada memanggilku Sya. Apabila aku dimarahi ibuku dan aku dalam keadaan sedih, ayahkulah yang menjadi penghibur dan penemanku begitu juga dengan mama.   
“Nak buat macam mana ayah, mama tu asyik menjerit suruh angah bangun, kalau tak bangun rasanya ada yang boleh bebelan percuma pagi ni.” Jawabku dalam keadaan yang selamba.                                                        
 “Mama sayangkan angah la tu. Kata ayah. Angah tahu tak hidup ni ibarat roda? Sesekali kita diatas dan sesekali kita dibawah.” Tanya ayahku.                        
  “Angah tahu ayah, cuma angah hairan kenapa tiba-tiba ayah tanya angah macam tu. Angah ada buat apa-apa yang tak kena ke ayah?” Jawabku seraya bertanya.                
  “Tak lah angah tak buat salah apa-apa. Ayah cuma nak mengingatkan angah saja. Bila kita ‘diatas’ janganlah pula kita meninggikan dan mementingkan diri sendiri dan apabila kita ‘dibawah’ nanti tiada siapa yang akan menolong dan berkawan dengan kita.” Jelas ayah.              
“Angah akan ingat pesan ayah tu. InsyaAllah.”


                                                                                                          (Bersambung...)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan