Meluahkan Rasa, Berkongsi Ilmu, Bertukar Pendapat.

Khamis, 23 Oktober 2014

Diwali's Family Holidays 2014

Lama betul aku x update blog...
sibuk sangat-sangat dengan urusan duniawi.
Hari ini aku nak bercerita tentang salah satu tempat ciptaan Allah yang cantik. Sesuai untuk percutian keluarga ataupun untuk honeymoon, iaitu Cameron Highland.
Ke Cameron kali ini sekadar untuk memenuhi janji dengan anak lelaki yang ke'tension'an atas reseat paper UPSR baru-baru ini. Tambahan pula di Kelantan cuti diwali ni, menjejak kepada 6 hari iaitu dari 21hb Okt hingga 27hb Okt. Jadi perancangan turut dibuat dan dilaksanakan,
Berada di sini sekadar 2H1M, kami gunakan dengan sebaiknya.
Kami telah menempah bilik di http://cameronhighlands.net/accomodations/dew-drop-inn/ merupakan bilik yang luas, bersih dan selesa.








sebagai lokasi penginapan kami. Bilik ini ditempah melalui www.agoda.com.

Kami bertolak dari rumah seusai solat subuh iaitu kira-kira jam 6.30 pagi. Berhenti makan bekal yang dibawa iaitu nasi lemak di R&R Gua Musang. Sampai di Cameron Highland jam 10 pagi. Tempat pertama dilawati ialah Taman Lavender.

Taman Lavender
Sepatutnya sesuai dengan nama menempatkan bunga lavender tetapi yang ada kebanyakkannya adalah bunga daisy.
Tiket masuk dewasa RM 5.00 dan kanak-kanak RM3.00 seorang.










Selepas berehat, bersantai...

Kami teruskan perjalanan...
Kali ini destinasi kedua kami ialah Taman Agro Teknologi Mardi

Taman Agro Teknologi Mardi
Terletak di kawasan Tanah Rata. Keluasan 1400m persegi. Suhu antara 14-24°c. Dibina sejak tahun 1927 lagi.
Menempatkan ladang teh tertua, kilang teh tertua (tapi kami tidak dapat masuk sebab public holiday). Selain tu terdapat pelbagai taman-taman kecil didalamnya seperti:
1. Potrays landscaped garden (bunga, buahan, sayuran dan herba)
2. English garden 
3. Flower garden
4. Edible garden
5. Nepenthens and wild orchid garden
6. Petting zoo
dan banyak lagi.
Selain itu terdapat kemudahan guided tour, jungle tracking di Bukit Berembun. 
Dibuka pada pukul 8.00am hingga 5.00 pm, setiap hari kecuali hari Selasa.
Tiket masuk : Dewasa RM3.00, 
                          Pelajar sekolah (7-17thn) RM1.50 














Keseronokan kami agak tergendala kerana hujan yang lebat.  Hujan telah membataskan pergerakan kami, namun itulah rahmat Allah. Alhamdulillah.
 Tinggal di Cameron Highland dengan keadasn hujan yang lebat sebelah petang hingga ke malam menyebabkan suhu sejuk yang agak melampau. Air umpama ais yang membeku. Untuk itu, kami neneruskan perjalanan mencari Dew Drop Inn tempat penginapan kami.

Seusai solat zohor dan jamak qosar solat asar kami keluar semula. Hajatnya nak ke ladang teh, tapi malangnya sempena Deepavali, ladang teh telah ditutup. Insya allah, esok kami akan kembali semula. 

Selesai makan malam di kawasan tanah rata, kami balik ke bilik. Tidur dalam keadaan sejuk kerana hujan masih belum berhenti...,.

Tunggu coretan ku untuk hari kedua di CH.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan