Meluahkan Rasa, Berkongsi Ilmu, Bertukar Pendapat.

Isnin, 22 Julai 2013

2 : DI MANA CINTAKU



           “Letihnya Man hari niey!!! Macam nak patah semua tulang  Man ni dibuatnya.”                                          
   “Kenapa dengan adik kak angah ni asyik merungut je dari tadi kak ngah tengok. Selalunya Man tak macam ni, bila balik dari sekolah?” Tanyaku sedikit hairan.
   “Itulah angah kat sekolah tadi, ada ke patut Fazwan suruh Man angkat semua kotak tu walhal cikgu Zamry yang suruh dia. Dahlah kotak-kotak tu semuanya berat.” Jawab adikku dengan bersungguh-sungguh.                                                    
“Pastu Man tak ikhlas la tolong Fazwan tu. Tak baik tau.” Nasihatku.                             
  “Adik bukannya apa angah, adik cuma geram je dengan dia tu, ada ke adik tengah buat kerja sekolah dia suruh adik tolong dia angkat kotak-kotak tu.”  
  “Yang lepas tu lepaslah Man. Benda dah berlaku jangan dikesali.” Aku dan adikku berehat sambil menonton televisyen. Mama dengan tenang duduk disebelahku dan mengusap lembut tangan dan bahuku.
 What’s wrong,mom? Tanyaku.  
 Nothing Sya. Mak nak tanya Sya, Sya kan dah habis sekolah, lagipun keputusan SPM Sya pun bagus. Bila Sya nak cari kerja? Ataupun Sya nak sambung belajar macam Luqman anak ayah long tu dah sambung belajar kat Amerika.” Tanya mama.
  “Sya dah agak dah ma pasti akan tanya soalan macam ni. Sya belum sedia nak kerja lagi. Sya rasa Sya nak sambung belajar kat luar negara dulu lah ma macam alang tu. Nak tingkatkan kemahiran berfikir Sya ni ma. Kalau setakat Sya boleh 20A belum tentu Sya dapat biasakan diri didalam alam perniagaan. Sya rasa ilmu pengetahuan Sya ni masih cetek lagi la ma. Sya dah lama berniat nak sambung study dulu. Macam alang tu, sekarang ni dah jadi businessman yang berjaya. Nak tambah ilmu pengetahuan la katakan” Aku lebih suka memanggil Luqman sebagai alang kerana dah terbiasa.
  “Baguslah kalau Sya dah berniat macam tu. Ma dan ayah sokong kau dari belakang. Janji Sya dapat jadi bangsa yang berguna.” Kata mama.
  “Terima kasih ma. Sya akan ingat pesanan mama tu.”
  “Bila Sya nak sambung belajar?” Tanya mama.
  “Sya ingat nak sambung belajar dalam masa yang terdekat nilah ma.” Aku menjawab pertanyaan mama.
   “Baguslah kalau macam tu Sya, mama doakan Sya berjaya.”
   “Terima kasih sekali lagi ma.”
   “Oh ya sebelum mama terlupa Sya nak belajar kat mana?” Tanya mama.
  “Sya ingat Sya nak sambung belajar kat London la ma.” Aku menjawab pertanyaan mama. 
  “Ikut suka Sya la Sya... mama sokong je, janji permintaan Sya tu munasabah.”
  “Terima kasih sekali lagi ma.” Aku meminta izin mama untuk masuk tidur. Aku menyalami tangan beliau dan terus ke bilik tidurku.
            Keesokkan harinya aku pergi menziarahi kawanku yang terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu.
  “Apa khabar kau sekarang ni,Lin?” Tanyaku.
  “Aku baik-baik aja. Cuma luka ni je yang belum sembuh. Kau apa cerita?” Aku sudah biasa berkau aku dengan Lin sejak di sekolah rendah lagi. Boleh dikatakan kami ni kawan baik la. Kalau ada apa-apa masalah Lin akan mencariku. Hubungan kami berdua ni ibarat ‘isi dengan kuku’.
  “Aku tak ada cerita apa-apa.Cuma aku dah berhajat nak..” Belum sempat aku menghabiskan cerita, Lin dah menyampuk.
   “Apa kau berhajat nak kahwin?? Alhamdulillah la kalau macam tu Sya.”
  “Apalah kau ni Lin, bila masa pulak aku cakap nak kahwin karut betul lah kau ni.” Aku mencubit pipi montel Lin. Terasa geram bila dikatakan bahawa aku mahu berkahwin. 
  I’m just kidding ok. Sakit tau.” Lin mengaduh kesakitan.
  “Padan muka kau tu. Aku tahu kau bergurau tapi janganlah kau kata aku ni mahu kahwin. Aku ni kerja pun tak lagi.” Jelasku.
  “Ala kau ni, kau tak payah fikirkan pasal kerja la, kau cari je mamat yang kaya dan hensem.” Sekali lagi tanganku hinggap di pipi Lin.
  “Sakit la!”
  “Tahu pun sakit. Lain kali cakap la yang bukan-bukan lagi.”
  “Ya la aku minta maaf. Apa hajat kau tu tadi?” Tanya Lin.
  “Tu la kau  aku tengah syok bercerita kau ganggu. Sekarang ni aku dah tak ada mood nak bercerita. Padanlah dengan muka kau tu.”
  “Ala... aku mintak maaf la. Kau sambunglah balik cerita kau tu.” Pinta Lin menagih simpati.
  “Ok la demi kau aku sambung balik cerita aku tadi.” Kataku.
  “Yahoo!!!” Lin menjerit keriangan.
  “Eh ni hospital kau tahu tak? Bukannya rumah kau suka-suka nak menjerit.” Tegasku.
  “Ye la aku tahu. Sambung balik la cerita kau tu.”
  “Ok la aku nak cerita la ni. Semalam mak aku tanya bila aku nak kerja , aku cakap la aku tak bersedia lagi. Dia ada cakap juga aku nak sambung belajar ke macam Luqman sepupu aku yang kau gilakan tu.” Lin hanya tersengih. Aku berhenti seketika dan menyambung kembali cerita.
  “Aku cakap la aku nak sambung belajar. Nak tambah ilmu pengetahuan.”
  “Kau nak sambung belajar kat mana? Kat UITM? Ataupun kat mana?” Tanya Lin yang ingin tahu. Aku hanya terdiam dan tersenyum melihatkan Lin yang tertanya-tanya jawapanku.
  University of London.” Air yang diminum oleh Lin tersembur mendengar jawapan aku.
   “Ish kau ni pengotor betul.”
  “Mak ai jauhnya. Kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini?” Tanya Lin.
  “Takkan la aku nak tinggalkan kawan aku yang manja ni sorang-sorang kat sini.”
  “Bila kau nak pergi?” Tanya Lin yang ingin mendapatkan kepastianku. Aku tak pasti lagi.
  “Mungkin minggu depan kot.” Jawabku.
  “Awalnya. Kau tak mahu tunggu aku sembuh dulu ke?” Tanya Lin lagi.  
  “Memang aku nak tunggu kau sembuh dulu, tapi bila aku check online pasal kemasukan ke university luar negara dia suruh aku daftar minggu ni. Maybe minggu depan kot aku pergi.”
Lin menangis sesudah aku bercerita. Aku sedikit hairan dan juga ada sedikit perasaan resah melihat keadaan Lin.
  “Kenapa ni?” Tanyaku untuk mendapatkan kepastian.
  “Yelah kau dah nak pergi minggu depan, kau tinggal aku sorang-sorang kat bandar metropolitan ni. Sahabat mana yang tak  sedih.” Lin menyatakan apa yang terbuku dihatinya kepadaku.
  “Aku cakap ‘mungkin’ aku tak comfirm lagi aku akan pergi minggu depan. Kau ni kenapa over sangat?” Kataku.
  “Siapa yang tak over bila sahabat baik tinggalkan aku sorang-sorang yang tengah sakit ni sedangkan si dia boleh pergi sambung belajar kat London.? Sindir Lin.
  “Lin aku ada sesuatu nak beritahu kau ni.” Bisikku kepada Lin yang tengah mengajuk.
  “Apa dia.”tanya Lin.
  “Kau tahu tak masa aku hantar borang tu, pihak university cakap ada satu tempat kosong lagi. Aku nak tanya kau nak ke tak..”
  belum sempat aku habis bertanya Lin menjawab. “Nak la.”
  “Nak apa?” Tanyaku.
  “Kau nak tanya aku nak tak sambung belajar dengan kau betul tak?” Jelas Lin.
  “Pandai juga kau ni Lin.” Pujiku.
  “Mestilah tengok sahabat siapa. Sahabat Putri Nur Syafika Qistina bt. Dato’ Kamal.” Kata Lin.
  “Eh kau ni Lin kau dah lupa ke kau pernah berjanji dengan abah aku tak kan memanggil nama dia sebagai dato’. Kau pun tahu dia tak suka.”
  “Oh, aku terlupa. Sorry la Sya.” Lin meminta maaf daripadaku. Aku melihat mimik mukanya menyesali apa yang telah dia katakan.
  “Ok la aku maafkan kau.”
Sedang asyik berbual tiba-tiba Doktor Firdaus menghampiri kami berdua. Sebenarnya doktor Firdaus ni kacak orangnya. Dengan berkumis nipis dan rambut yang berpacak lagi menyerlahkan kehandsomemanya. Entah kenapa aku tidak tertarik dengannya.
  “Hai, dah lama awak sampai?” Tanya Doktor Firdaus.
  “Dah lama dah doktor.”
Sebenarnya Doktor Firdaus sudah lama menaruh perasaan terhadap Syafika. Dia telah berkenalan dengan Syafika ketika Syafika masuk hospital akibat deman panas. Dia tertarik dengan keramahan,kecantikkan dan kesopanan Syafika.
  “Eh u ni kan i dah cakap jangan panggil i doktor panggil je Firdaus atau Fir ataupun kita boleh ber‘i’ dan ‘u’.”
Lin melihat muka sahabatnya kemerahan akibat usikkan Firdaus tadi. Demi menyelamatkan keadaan sahabatnya dia berdehem beberapa kali. Firdaus hanya tersenyum melihat Lin berdehem. Dia tahu apa yang dimaksudkan Lin.
  “Doktor,eh silap cakap. Fir bila Lin boleh keluar dari hospital.” Tanyaku.
  “Oo, pasal Lin ni. Saya rasa tak lagi dia boleh keluar.” Jawab Firdaus.
  “Kenapa tanya macam tu awak dan Lin ada plan ke?” Tanya Firdaus setelah menjawab persoalan Syafika.
  “Ye kami ada plan nak...”
Belum sempat Sya menghabiskan cerita Lin pun menyampuk.
  “Ye kami memang ada plan. Kami nak sambung belajar. Betul tak Sya.” Kata Lin.
  “Sedap nama yang kau panggil kat dia tu Lin. Apa ya nama yang kau panggil tadi? ‘Sya’. Jadi aku boleh la panggil sahabat kau tu dengan panggilan Sya.” Usik Firdaus lagi.
  “Oh ya kau nak sambung belajar kan? Bagus sangatlah idea kau berdua tu. Aku sokong kau seratus peratus.” Kata doktor muda tu.
  “Fir tahu ke kami nak belajar kat mana?” Tanyaku.
  “Oh rupanya Sya tak bisu. Dari tadi Fir tanya asyik si Lin je yang menyampuk.”       
‘Ish, suka hati dia je kata orang ni bisu. Geramnya aku dengan mamat ni. Nasib baiklah kau ni lelaki kalau perempuan aku cubit-cubit biar merah ke lebam ke.’ Sumpah Sya dalam hati.
  “Tak tahu pula kat mana ye?” Tanya Firdaus.
“Kat University of London.” Jawabku.
Hampir gugur jantung Firdaus dibuatnya.
“Apa London?” Tanya Firdaus untuk mendapatkan kepastian. Kot-kot dia tersalah dengar ke.
  “Ye la London kau ingat kat mana?” Jawab Lin dengan pantas.
  “Tu yang Sya nak tanya Fir ni, bila Lin ni boleh keluar dari hospital.”
  “Ooo pasal si Lin ni, dia boleh keluar dah selepas dua hari itupun kalau dia tak lupa makan ubat.” Jelas Firdaus.
‘Melepas la aku dibuatnya. Sya dan Lin dah nak pergi oversea. Kalau Lin duduk kat hispital ni cerah sikit peluang aku nak mengorat Sya ni.’ Firdaus mengomel sorang-sorang.
  “Apa yang Fir cakap tadi? Sya rasa macam Fir ada sebut nama Sya tadi.”Tanyaku.
‘Alamak mampus aku. Nak jawab apa ye?’ Kata Firdaus dalam hati.
  “Yela memang Fir ada sebut nama Sya. Fir kata Sya kena ingatkan la si Lin supaya dia makan ubat selalu.” Bohong Firdaus.
  “Oh begitu le. Sya akan datang penuh dua hari ni. I will remind her to take her medician. Thanks Fir.”
  Welcome.” Balas Fir.
  “Fir,Lin Sya minta diri dulu ya. Sya ada kerja nak buat kat rumah tu.” Ok Bye..
  “Jalan elok-elok Sya.” Nasihat Lin.
  “Sya balik dengan apa?” Tanya Fir.
  “Dengan teksi la, Sya mana tahu bawa kereta.” Jawabku.
  “Boleh Fir hantarkan?” Tanya Fir lagi.
  “Tak menyusahkan Fir ke? Kan Fir tengah kerja sekarang ni.” Kataku.
  “Tak menyusahkan pun. Moreover Fir boleh balik awal hari ni because kelmarin Fir kena oncall, sebab tu la bos Fir bagi Fir balik awal hari ni. Mari Fir hantarkan.” Pelawanya.
  “Jom. Sya pergi dulu ya Lin.” Kataku.
Lin hanya mengangguk tanda setuju. Aku meninggalkan Lin keseorangan di hospital. Tengah asyik berjalan Fir menegurku dan meminta aku tunggu kerana dia hendak mengambil keretanya di tempat parking. Aku hanya mengangguk. Kami tidak banyak berbicara di dalam kereta kerana tiada apa yang perlu diperkatakan. Aku hanya mendengar lagu muara hati dendangan Hafiz dan Dato’ Siti Nur Haliza. Aku hampir terlena di dalam kereta. Nasib baiklah Fir menyapaku.
  “Mujurlah Fir kejutkan Sya, kalau tak tentu bahu Fir jadi katil Sya.”
‘Apa lah aku ni kejutkan dia buat apa? Kan dah rugi. Padan muka kau Firdaus.’ Omel Firdaus dalam hati.
  “Ala setakat bahu apa salahnya. Paha pun Fir sanggup pinjamkan kepada Sya. I will do anything for u. Becouse I love you.”
 Aku terkedu dengan kata-kata Fir. Mukaku merona merah.
  “Fir jangan main-main. Sya tak percaya lah.”
  “Soal hati Fir tak pernah berbohong. Hati Fir telah tertarik kepada Sya. Kalau boleh Fir n..a..k...”
  “Fir nak apa?” Tanya Sya.
  “Tak Fir nak tanya Sya, Sya sudi tak bagi nombor telefon Sya kat Fir?” Tanya Fir.
  “Oh. Fir nak tanya Sya ada nombor telefon ke tak. Sya ada nombor telefon. Ni ambil kad Sya ni. Sya sudi beri nombor telefon Sya kat Fir. Tapi kalau hati Sya, Sya kena fikir masak-masak dulu ye. Fir ni baik orangnya.” Kata Sya seakan memuji.
Dengan pantas Fir mengambil nombor telefon Sya dan mereka saling berganti kad. Mereka lewat sampai ke rumah kerana mereka singgah di sebuah restoren untuk mengisi perut.
  “Lewat Sya balik hari ni?” Tanya mama.
Mama masih setia menungguku di atas armchair kesayangannya sambil menonton televisyen.
  “Sya tengok Lin kat hospital tadi ma. Pastu Doktor Firdaus pelawa Sya naik kereta dia, dia kata dia nak hantar Sya balik. Sebelun balik kami singgah makan. Sebab tu la Sya sampai lewat kat rumah.” Aku menjelaskan kepada mama.
  “Sya ada hubungan ke dengan doktor tu?” Tanya mama.
  “Eh! Mama ni Sya mana ada hubungan dengan doktor tu. Sya suka dia hanya sebagai kawan bukannya kekasih. Tapi kan mama, masa dalam kereta tadi dia ada..”
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata mama menjampuk.
  “Dia ada buat perkara yang tak elok ke kat Sya?”
  “Eh mama ni ke situ pulak. Fir tu baik orangnya. Tadi Sya nak explain mama menyampuk. Mama ni sama macam Lin.” Mama hanya tersengih.
  “Apa dia kata?”
  “Dia tanya number phone Sya. Dah Sya dah lama kenal dia dan tahu hati budi dia Sya pun tak teragak-agak la bagi number Sya. Sebelum dia minta number, dia ada luahkan sesuatu.”
  “Dia luahkan apa Sya?” Mama semakin hendak tahu.
  “Dia luahkan perasaan dia kepada Sya. Dia cakap dia dah lama tertarik kepada Sya. Hari tu dia ada la cakap dia suka Sya, tapi Sya ingat dia main-main. Dia ada cakap lagi sebab dia boleh tertarik kepada Sya. Dia cakap, dia tertarik dengan kelembutan, kesopanan, kecantikkan dan keramahan Sya. N semua yang ada pada Sya cukup sempurna untuk Fir jadikan Sya sebagai girlfriend dia.” Jelasku.
  “ Baguslah kalau macam tu Sya. Lagipun Sya kenal dia dah lama. Masa Sya masuk hospital dulu pun dia yang jaga dan rawat Sya. Mama dan ayah pun suka kat dia. Mama rasa dia sesuai dan sepadan dengan Sya. Macam pinang dibelah dua.” Usik mama.
Aku hanya terdiam. Mukaku merona merah. Mama hanya tersenyum melihat keadaanku yang sebegini.
  “Tapi kalau Sya suka mama boleh suruh ayah masuk meminang.” Usik mama lagi.
  “Mama ni tak habis-habis nak usik Sya. I say we just friend. Tak lebih dari itu.” Tegasku. Ye la.
  “Bila Sya nak pergi London?” Mama menukar topik perbualan kami.
  “Minggu depan.” Jawabku.
  “Mama Lin boleh keluar selepas dua hari pastu kat University of London pula ada kekosongan, kalau boleh...”
Belum sempat aku menghabiskan cerita mama menyampuk.
“Ajaklah si Lin tu. She also want to gain her knowledge, like you. My beatiful daughter.”
  “Macam mana mama tahu Sya nak cakap begitu?” Tanyaku sedikit tidak percaya mama akan tahu aku akan berkata sebegitu.
  You think i don’t know what u want to ask me?. Mama dah tengok borang university Sya tu and ada kekosongan jadi tentulah Sya nak ajak Lin. Mama dah daftarkan untuk si Lin tu dan pihak university kata minggu depan dah boleh start.” Kata mamaku.
  Thanks mom. I love you. Mama ni tahu-tahu je yang Sya akan ajak si Lin tu. Sebab tu la Sya sayangkan mama. Mama selalu sahaja tahu apa yang Sya fikirkan. Aku mengucup pipi mama tanda terima kasih. Aku menunggu masa untuk pergi ke London. Aku sudah tidak sabar-sabar lagi untuk ke negara orang dengan Lin.
Cepatlah masa berlalu. Pintaku dalam hati. Sementara menunggu hari tersebut mama dan ayah mengadakan doa selamat untuk aku dan Lin.

                                                                                                                          bersambung...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan